Saturday, 10 March 2018

Remaja dan Cabaran Sosialisasi

Salam perkenalan buat semua.Saya Nuraqeela Nabila ingin berkongsi dan menceritakan dengan lebih lanjut mengenai masalah yang dialami oleh remaja di seluruh dunia iaitu mengenai masalah sosialisasi.Harap bermaanfaat buat anda semua dan dapat diambil iktibar.


Siapa Remaja ?





Pakarjiwa bersetuju bahawa masa permulaan remaja bermula apabila seseorang mencapai akil baligh iaitu ketika berumur dalam lingkungan 13 tahun dan akhir remaja bergantung pada keadaan tempat dan masyarakat di mana remaja itu dibesarkan.Anggaran masa remaja ialah di antara umur 13 tahun hingga 24 tahun.Selain tempat remaja itu dibesarkan ,golongan itu perlu ditinjau melalui lima aspek yang berlainan iaitu fizikal,emosi,mental,sosial dan moral.


Proses Sosialisasi


Secara amnya,proses sosialisasi remaja berkembang melalui interaksi masyarakat,keluarga dan rakan sebaya.Hubungan dengan masyarakat semestinya para remaja mengharapkan kedamaian dan ketenteraman dalam masyarakat.Rasa tidak puas hati dalam masyarakat akan ditonjolkan melalui perlakuan negatif seperti demonstrasi untuk melepaskan perasaan emosi.


Seterusnya,hubungan kekeluargaan remaja yang dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai jalinan kemesraan tinggi berpotensi dapat menjalin hubungan sosial yang baik dan positif.Di samping itu,pengaruh rakan sebaya sebegitu kuat dalam pembentukan budaya remaja.Masa yang panjang adalah bersama rakan-rakan sama ada di sekolah atau di luar sekolah.


Pengenalan



Pada zaman era modenisasi ini,masalah sosialisasi dalam kalangan remaja semakin berleluasa dan semakin sukar untuk ditangani.Permasalahan sosial dan gejala yang menyalahi dan melanggari norma-norma kesucian yang dipelihara dalam masyarakat adalah merupakan salah satu persoalan yang semakin meruncing serta memerlukan satu set kaedah penyelesaian yang berkesan.


Oleh itu,berbagai program telah dirangka dan dilaksanakan sama ada di peringkat nasional mahupun di institusi-institusi pemulihan akhlak yang terdapat di negara ini sebagai fokas secara langsung.


Cabaran Remaja


Realiti warga Malaysia masa kini menghadapi keruntuhan akhlak dan menimbulkan pelbagai masalah sosial antaranya pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak.Mengikut statistik yang dikumpulkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dari tahun 1988 hingga 1992 menunjukkan fenomena pembuangan bayi kian meningkat dalam masyarakat kita.



Punca Keruntuhan Akhlak



Daripada data dan statistik yang dibentangkan,terbukti keruntuhan akhlak di kalangan remaja masih pasa tahap yang tinggi.Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak yang utama adalah penglibatan jenayah seperti penyelewangan tingkah laku seksual,samseng dan gangsterisme dan penyalahgunaan dadah dan rokok.Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada.Malah,ada segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik. 


Antara punca-punca keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja ialah kurang kasih sayang ibu bapa,tekanan hidup , pengaruh rakan sebaya , perasaan ingin tahu ,sikap suka mengejar kemewahan dan lain lain.Hal yang demikian menyebabkan para remaja membawa cara hidup sendiri tanpa sebarang panduan dan pengawasan ibu bapa.Di samping itu,keruntuhan akhlak juga berkait rapat dari segi keagamaan.Hal ini demikian kerana seseorang individu perlulah dididik dengan didikan agama oleh ibu bapa yakni untuk mengelakkan daripada anak anak terpesong dan menjadi orang yang tidak terpelajar.



  • Pengaruh rakan sebaya - Rakan-rakan merupakan orang yang rapat dengan seseorang individu.Kawan yang baik boleh membimbing ke arah kebaikan namun jika tersilap pilih kawan,boleh menyebabkan individu tersebut melakukan perkara yang buruk.

  • Perasaan ingin tahu dan mencuba - Pada umur 18 tahun ,remaja mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.Perkara yang berlaku di sekeliling mereka,membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara tersebut.

  • Pengaruh media massa - Tidak semuanya yang dipaparkan di media massa memberikan kesan yang buruk.Segelintir program dan drama yang memaparkan pergaulan bebas mempengaruhi remaja dengan perkara yang tidak baik.





Masalah Sosial di London , Inggeris

Di London,budaya-budaya yang popular dalam kalangan masyarakat dianggap sebagai gaya atau fesyen.Namun begitu,disebabkan budaya-budaya yang menarik itu jugalah menyebabkan masalah sosial di negara ini terutama dalam kalangan remaja semakin meningkat..Antara budaya yang terkenal di London ialah pengaruh budaya skinhead dan punk.Kedua-dua budaya ini mula diperkenalkan atau dilahirkan di negara ini sendiri dan mula menular ke negara lain.Di samping itu,budaya-budaya yang berasaskan fesyen dan gaya ini juga amat digemari oleh para remaja di negara Barat.


Nama Skinhead merujuk kepada para pengikut budaya ini yang rambutnya dipangkas botak.Skinhead juga boleh dirujuk kepada kelompok orang yang meminati muzik streetpunk dan juga punk.


Seterusnya,,budaya punk adalah sub-budaya yang berkembang daripada muzik rock punk.Budaya ini berkembang menjadi budaya yang didefinisikan melalui fesyen, muzik, seni, media dan kelakuannya tersendiri, yang selalunya mengejutkan, gelap dan berunsur pemberontakan.



Masalah Sosial (Krisis Seksual) di Jepun



Hanya akibat nikmat yang seketika remaja ini akhirnya terperangkap dalam polemik yang dicipta mereka sendiri dan membuat keputusan yang akan menghantui mereka seumur hidup.
Masalah seks dan remaja bukanlah satu perkara baru dan isu ini telah menjadi masalah kronik dalam sistem masyarakat mana-mana negara di dunia sejak zaman berzaman.Namun sudah tentu cara mereka menyelesaikan masalah juga adalah berbeza dengan kita yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi. Mereka lebih melihat jalan penyelesaian berlandaskan akal dan nafsu semata-mata tanpa menjadikan agama sebagai rujukan
Malah,negara jepun sendiri menduduki tempat pertama untuk kategori negara yang rakyatnya banyak menonton filem-filem berkaitan pornografi.Hal ini demikian kerana teknologi dan ekonomi negara ini yang sangat maju menjadi punca utama masalah tersebut.Penggunaan gajet-gajet yang canggih lebih mendedahkan rakyat Jepun untuk menonton filem lucah terutama golongan remaja.

Masalah Sosial (Isu Mat Rempit)di Malaysia

Image result for mat rempit clip artMasalah kebejatan sosial seperti aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh penunggang
motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ bukanlah
merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama di
jalan-jalan raya di negara ini. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit bermaksud
menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan menggunakan rotan. Sebutan rempit itu
sendiri sebenarnya adalah berasal daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba 


memeras minyak di jalan raya (litar). 
Antara aksi-aksi berbahaya yang biasanya dilakukan oleh golongan mat rempit ini lalah: 
• Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan. 
• Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang. 
• Scorpion - menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas. 
• Superman - menunggang laju sambil terbaring persis aksi superhero, Superman. 
• Pereng/corner - bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang 
di selekoh. 

Remaja merempit untuk mencari keseronokan, kepuasan, kemasyhuran, wang dan 
perempuan. Kepuasan dan keseronokan untuk melepaskan diri sementara dari tekanan 
hidup. Mengecapi bentuk hiburan yang murah dengan hanya berbekalkan RM4 untuk minyak 
dan keberanian untuk beraksi. Ada yang mendapat habuan lumayan berupa wang dan 
perempuan. Bukan semua berani mati begitu tapi wang taruhan dikumpul dalam kalangan 
mereka, menyuburkan lagi gejala ini. Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei 
2008, sebanyak 3,182 penunggang motorsikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas, 
dan 2,970 daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun. 

Kesan Masalah Sosial kepada Individu,Masyarakat dan Negara
Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk.
Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu akhlak sangat penting
dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik
akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yag baik
akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling.



Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitu kebanyakan remaja pada hari ini, terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara. 


Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh 
bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam 
masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. 
Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para 
remaja hari ini.

Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya 
oleh pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa 
akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu 
terutamanya akan rosak dan binasa.
Namun begitu kesan yang 
paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dikawal ialah: 

• Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak 
bersatu-padu. 
• Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling 
curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. 
• Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti akan berlaku. Isu-isu 
perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. 
• Kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini 
disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat. 


SUMBER RUJUKAN

-https://id.wikipedia.org/wiki/Skinhead

-https://ms.wikipedia.org/wiki/Punk
-http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131117/re_13/Jepun-berhadapan-krisis-s
-HHashimBedu2008_KerBedu2008_KeruntuhanAkhlakGejalaSosialKeluarga

5 comments:

  1. info yang lengkap dan padat๐Ÿ˜„,,penggunaan ayat juga membantu untuk saya memahami isi,, bagus๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  2. Sangat menarik! Isi yang lengkap dan padat. �� serta ilustrasi dan gambar yang berkaitan menarik minat untuk saya baca. Syabas......

    ReplyDelete
  3. Penerangan yang jelas, cuma perlu penambahan sedikit. Kalau boleh, ringkaskan sedikit tapi padat ataupun boleh buad mindmap..

    ReplyDelete
  4. Info yang menarik dan bagus untuk dihadam

    ReplyDelete
  5. Sangat bagus dan muadah difahami

    ReplyDelete